Tuesday, 27 December 2016

E-DAGANG


PENGENALAN


E-dagang atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai E-commerce merupakan salah satu kaedah perniagaan yang dilakukan secara atas talian. E-dagang mempunyai beberapa definisi utama iaitu dari perspektif komunikasi, perniagaan, perkhidmatan dan pemasaran. Dari perspektif komunikasi, e-dagang adalah penghantaran maklumat, produk atau perkhidmatan, atau bayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer atau sebarang kaedah elektronik lain. Dari perspektif perniagaan pula, e-dagang merupakan satu aplikasi teknologi ke arah pengautomasian transaksi dan aliran kerja perniagaan. Manakala dari sudut perkhidmatan, e-dagang adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan penghantaran perkhidmatan.

Dari perspektif pemasaran, e-dagang adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu hala tuju pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dengan kata lain, e-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan ICT terutama Internet untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual, dan pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat serta boleh dipercayai.

Masyarakat di Negara Barat sudah mula menggunakan kemudahan e-dagang sejak pertengahan tahun 1990-an lagi seiring pengembangan penggunaan internet. Penggunaan e-dagang ini telah mengalami transformasi yang signifikan dari segi kaedah perniagaan, ekonomi, sosial dan politik. Malaysia juga tidak terkecuali dari fenomena ini. Walaupun agak lambat atas beberapa faktor, namun perkembangan terus dilihat atas usaha kerajaan yang berterusan dan peningkatan kesedaran oleh masyarakat keseluruhannya. 

Teknologi yang telah diperkenalkan kepada kita seperti Komputer dan Internet dilihat banyak mengubah corak dan gaya hidup masyarakat. Kehadiran internet pada waktu ini bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi dan memperoleh maklumat, bahkan telah membawa perspektif baru dalam dunia perniagaan sehingga lahirnya konsep e-commerce (e-dagang).

Teknologi yang telah diperkenalkan kepada kita seperti Komputer dan Internet dilihat banyak mengubah corak dan gaya hidup masyarakat. Kehadiran internet pada waktu ini bukan sahaja mengubah cara kita berkomunikasi dan memperoleh maklumat, bahkan telah membawa perspektif baru dalam dunia perniagaan sehingga lahirnya konsep e-commerce (e-dagang).


SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG


Pada peringkat awal, e-dagang digunakan untuk tujuan perniagaan terutamanya dalam sektor automobil dan farmasi bagi tujuan pembelian secara elektronik. Sejajar dengan peningkatan penggunaan internet oleh masyarakat, pada tahun 1990-an penggunaan e-dagang telah mula berkembang dengan peningkatan rantaian di antara semua pihak sama ada pembeli, penjual serta penyedia perkhidmatan berkenaan. Walaubagaimanapun pada peringkat ini, hanya 2 peratus sahaja daripada 4.8 juta perniaga menggunakan e-dagang dalam menjalankan transaksi perniagaannya.

Pada waktu itu juga, masyarakat masih keliru dan teragak-agak untuk membuat transaksi menggunakan sistem transaksi elektronik memandangkan pelbagai khabar angin yang mengaitkannya dengan isu-isu seperti penipuan dan pengklonan kad kredit. Setelah pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan perisian mereka, serta dibantu dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Socket Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET). Perkembangan tersebut telah memulihkan keyakinan pengguna.

Pada tahun 1998, dianggarkan perolehan daripada perniagaan secara e-dagang di Amerika Syarikat adalah sebanyak US31 juta dan terus meningkat sehingga US183 juta pada tahun 2003, iaitu peningkatan sehingga 500 beratus. Hal ini jelas membuktikan bahawa e-dagang merupakan satu cabang perniagaan dan pemasaran yang amat penting untuk sesebuah syarikat menembusi pasaran yang lebih tinggi.

E-dagang ini kemudiannya berkembang menjadi satu aktiviti yang dikenali sebagai “perdagangan web”. Ini kerana pembelian barang adalah dilakukan melalui atas talian iaitu World Wide Web melalui server aman (HTTPS), protokol server khusus yang menggunakan enkripsi untuk merahsiakan data penting pelanggan. Perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti pembelian tiket kapal terbang, buku, kek, dan pelbagai lagi produk kini boleh dipesan melalui Internet.

Pelbagai inovasi yang berlaku dalam tempoh yang singkat membabitkan penggunaan e-dagang dalam kehidupan seharian. Kerajaan juga sentiasa berusaha meningkatkan minat rakyat untuk mendekati dan mengenali teknologi maklumat khususnya internet dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilihat menerusi usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan internet di sekolah, penyediaan “Wifi” percuma di beberapa penempatan dan pelbagai lagi kempen. Semenjak tahun 1997, usaha telah dijalankan untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan generasi muda. Kini, terdapat lebih sejuta rakyat Malaysia berdaftar dengan syarikat yang membekalkan perkhidmatan internet seperti TMnet, JARING dan sebagainya.

Memandangkan fenomena e-dagang yang telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan merupakan bidang yang amat berpotensi pada masa hadapan, maka masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel. Melalui konsep e-dagang ini juga, ramai golongan usahawan akan muncul dengan beroperasi dari rumah menggunakan sistem e-dagang bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia, dan pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan tanpa mengira waktu.


KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN


E-dagang membolehkan sesebuah perniagaan dijalankan walaupun tanpa mempunyai premis perniagaan yang besar atau bilangan pekerja yang mencukupi. Apabila memiliki kelengkapan IT yang bersesuaian seperti komputer, modem serta talian telefon untuk akses kepada Internet, maka produk dan perkhidmatan boleh diiklankan menerusi Internet secara maya. Hal ini membolehkan jutaan pengguna mengunjungi iklan tersebut dan membuat pemilihan terhadap produk yang bersesuaian. Sesuatu yang menarik mengenai konsep ini ialah jumlah pengunjung yan melawat iklan anda mungkin mencecah jutaan orang berbanding iklan yang anda paparkan di surat khabar, majalah ataupun melalui edaran poster, risalah dan sebagainya.

E-dagang kini digunakan secara meluas terutamnya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan. Diantara kepentingan dan kelebihan e-dagang adalah seperti :


Mengatasi Masalah Jarak dan Masa


Kemunculan e-dagang adalah tepat pada masanya dan menguntungkan semua pihak. Memandangkan prospek perniagaan e-dagang melangkau sempadan jarak, ia tidak semestinya tertumpu di Bandar-bandar besar sahaja. Usahawan di kampung juga boleh menjalankan perniagaan menjual sos cili, jagung manis serta ubi kentang ke luar Negara hanya dengan melakukannya di rumah. Apa yang diperlukan adalah keupayaan menguasai Internet dan e-dagang, serta teknik pengurusan dalam membungkus produk, menghantar pesanan dan menguruskan akaun elektronik. Di sinilah kita dapat melihat kekuatan sebenar perniagaan berteraskan e-dagang dalam memacu ekonomi Negara melalui penglibatan lebih ramai usahawan kecil dan sederhana dalam bidang perniagaan.


Pasaran Yang Luas

Secara umumnya, pelanggan yang menggunakan e-dagang terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia, kita dapat melihat budaya masyarakat yang membawa komputer riba (notebook) ke mana-mana sahaja bagimemudahkan mereka melakukan urusan jual beli menggunakan e-dagang. Banyak transaksi e-dagang yang melibatkan pelajar adalah untuk pembelian buku, pakaian, makanan, dan perkakasan komputer. Ada juga pembelian dibuat untuk barangan di luar Negara.

Prospek pasaran yang luas ini juga tidak terhalang oleh faktor geografi sesuatu kawasan. Hal ini adalah kerana semua produk yang diiklankan menerusi Internet boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Sebagai contohnya, seorang usahawan tani dari Selangor telah berjaya mendapat kontrak beratus ribu ringgit setahun untuk membekalkan ubi kentang ke beberapa kilang tempatan yang mengeluarkan produk makanan ringan berasaskan kentang. Usaha ini terhasil apabila usahawa tersebut mengiklankan produknya menerusi Internet dengan bantuan Jabatan Pemasaran Pertanian daerah. Kini, beliau boleh berbangga kerana walaupun tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, beliau berjaya meneroka dan menguasai pasaran pertanian khususnya ubi kentang yang dianggap sukar untuk mendapat keuntungan besar.

Justeru, pasaran yang luas telah membuktikan konsep e-dagang ini mampu memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh dunia. Usaha membawa produk seperti belacan, rempah, kicap dan buah-buahan tempatan ke pasaran antarabangsa bukan lagi impian malah boleh menjadi kenyataan seperti mana produk-produk luar Negara yang berjaya menembusi pasaran tempatan kita.

Mengurangkan Kos Perniagaan

Kebanyakan usahawan khususnya bumiputera sering menghadapi masalah untuk memulakan perniagaan disebabkan ketiadaan modal mencukupi. Peruntukan untuk menyewa premis perniagaan bukanlah murah, selain daripada kos pengubahsuaian agar premis kelhatan cantik dan mampu menarik perhatian pembelia. Kebanyakan produk juga perlu dibayar secara tunai dan peniaga juga perlu menggaji pekerja bagi membantu menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Semua ini jelas memerlukan modal yang besar sebelum pulangan daripada perniagaan tersebut diperolehi. 

Hal ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berminat menceburi bidang perniagaan khususnya keusahawanan biarpun mereka mempunyai sumber yang boleh diniagakan. Justeru, kaedah e-dagang boleh dipratikkan oleh golongan ini. 

Hasil pasaran yang luas membolehkan usahawan yang mengamalkan konsep e-dagang ini mampu menerima tempahan yang besar, tidak kira pasaran dari dalam dan luar negara tanpa perlu membina sebuah kilang ataupun bangunan yang berkos tinggi. Perniagaan menerusi e-dagang juga mampu mengurangkan keperluan kelengkapan yang besar seperti kedai yang luas, jentera yang canggih, bilangan pekerja yang ramai dan sebagainya.

Mengurangkan Kos Pengiklanan

Peniaga juga dapat menjimatkan kos pengiklanan. Usahawan kini boleh mengiklankan produk perniagaan mereka di lama sosial seperti Facebook dan Twitter dengan pantas dan berkesan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar. Laman sosial tersebut boleh dikemaskini setiap masa jika terdapat maklumat baru mengenai perniagaan yang ingin disampaikan khususnya kepada pelanggan.

Mesra Pengguna

Langkah Usahawan yang menggunakan kaedah e-dagang dalam mengiklankan produk mereka juga memberi manfaat besar kepada pengguna. Selain mudah untuk dicari di internet, ianya juga menyediakan platfom pencarian produk yang lebih murah. Selain mampu membuat perbandingan produk yang mampu memenuhi keperluan dengan cepat, pelanggan juga boleh meninggalkan komen berkaitan produk atau servis yang mereka peroleh melalui pautan maklumbalas sekaligus memberi peluang untuk usahawan tersebut memperbaiki lagi mutu perkhidmatan atau produk mereka demi memenuhi tuntutan pelanggan.

Peluang Berinteraksi Dengan Sektor Korporat

Perkembangan dalam dunia ekonomi digital telah mendorong banyak syarikat tempatan dan luar Negara membangunkan e-dagang masing-masing. Hal ini bagi menyediakan mereka dengan persekitaran budaya perniagaan secara e-dagang yang diyakini dapat menguntungkan mereka.

Banyak tapak laman web baru yang muncul dan menawarkan e-dagang sebagai satu cabang pelaburan baru dalam perniagaan mereka. Beberapa syarikat tempatan seperti Hitechniaga dan sebagainya telah membangunkan tapak web khusus untuk golongan usahawan IKS mendirikan perniagaan di internet. Usaha ini dilihat sangat bertepatan bagi menggalakkan golongan peniaga melibatkan diri dalam persekitaran perniagaan secara digital.

Negara juga beruntung kerana kini terdapat banyak graduan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat berjaya membangunkan pelbagai perisian yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Malah, ramai anak tempatan telah diambil bekerja oleh firma-firma besar seperti Intel, Microsoft, DHL dan sebagainya telah menwujudkan satu komuniti pengguna internet yang besar dan bertambah pada setiap tahun serta terus memberi sokongan terhadap e-dagang di Malaysia.


Gambarajah menunjukkan contoh proses carta aliran untuk aktiviti E-Dagang.




TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA


Dari segi tahap penggunaan E-dagang di Malaysia bermula pihak kerajaan Malaysia telah menubuhkan badan yang memberi kelebihan dalam penggunaan Internet. Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia melancarkan kesemua perkhidmatan awam mengunakan sistem on-line atau talian internet untuk urusan ramsi mahupun urusan perniagaan antara kearajaan. Pendekatan ini telah dibuat setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi On-line tersebut telah berkembang dengan lebih pesat di beberapa negara dan pihak kerajaan telah menjadikan ini sebagai satu peluang keemasan. Hasil kajian menunjukkan Negara Malaysia berada di tanggan ke-33 daripada 64 negara yang terlibat penggunaan E-dagang. Kajian berkenaan adalah bagi mengukurkan kepatuhan seperti telah disarankan oleh Kerajaan Malaysia dalam pasaran dengan menggunakan peluang berasaskan perkhidmatan Internet mahupun dipanggil E-dagang. Sasaran telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan perkhidmatan berasaskan E-dagang diterima pakai dan seterusnya disesuaikan dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi E-dagang ini dengan cara atau kaedah yang disarankan seperti kewujudan laman sesawang untuk memudahkan urusan perniagaan, perkongsian maklumat dan sebagainya. Pihak kerajaan Malaysia meneruskan usaha ini dengan beberapa agensi dan kementerian sendiri telah menjadikan perintis kepada perkembangan dan pengunaan aplikasi E-dagang dengan membekalkan seberapa banyak dana dan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan aplikasi ini Berjaya membuahkan hasil yang lumayan kelak.Antara pihak kementerian dan agensi yang terlibat adalah seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS), telah melancarkan satu program dengan terbitan E-dagang iaitu AgriBazzar.com pada tahun 2004. Setelah wujud E-dagang, ianya membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan menerusi Internet. Ia dapat mengurangkan kos dari segi logistic dan pengurusan .

Jumlah penggunaan E-dagang turut meningkat. Hasil kajian oleh SKMM mendapati bahawa jumlah penguna E-dagang telah menerusi catatan meningkat drastic kepada 40 peratus padat tahun 2010. Dengan ini memacu ekonomi Negara dengan lebih pesat dengan sejajar saranan pihak kerajaan untuk mencapai nilai ekonomi yang tinggi berasaskan pengatahuan. MIMOS merupakan perintis kepada wujud internet di Malaysia dengan perkenalkan Rangkaian Komputer Malaysia pada tahun 1987. Penggunaan Internet dikembangkan dari segi infrastruktur dan penggunanya sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Penggunaan Internet semamangnya satu fenomena peningkatan yang luar biasa mengatasi elektronik yang lain. Penggunaan E-dagang menerusi internet di Malaysia telah mencatat 17 juta orang ia amat memberansangkan . Peningkatan ini telah menunjukkan bahawa telah ramai pihak mewujudkan E-dagang tidak kira syarikat kecil-kecilan hingga Industri Mega menjadikan kayu pengukur terhadap perkembangan E-dagang.

Peningkatan yang telah ditunjukkan menjadi petunjuk bahawa ramai pihak telah menyedari kelebihan E-dagang. Internet mewakili contoh yang Berjaya terhadap kelebihan dalam mengekalkan pelaburan dan komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan dalam infrastruktur maklumat. E-dagang kini merupakan manifestasi kepada banyak perkembangan dari segi pembangunan dan ianya juga merupakan pengerak kepada perubahan dan pembaharuan yang mana bukan sahaja ke atas infrastruktur, malah terhadap aplikasi penguna perkhidmatan dan inovasi teknologi. Pada tahun 2010 bilangan pengguna Internet melepasi 2 bilion dimana jumlah tersebut daripada Negara yang sedang membangun termasuk Malaysia. Sejajar dengan perkembangan tersebut, merancakkan lagi pengunaan aktiviti E-dagang. Hal demikian kerana dengan peningkatan jumlah pengunaan Internet, potensi E-dagang berkembang dengan lebih pesat.


CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

Kewujudan teknologi baru semamangnya memiliki cabaran dan halangan sebelum pengguna berjaya mengaplikasikan sepenunhya ke sesebuah urusan. E-dagang menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat (IT) terutama telekomunikasi canggih yang dapat memenuhi permintaan pengguna-penggunanya. Namun begitu, masih terdapat pelbagai masalah sama ada di pihak pengguna, mahupun pengusaha atau peniaga. Di antara cabaran atau halangan terhadap penggunaan e-dagang adalah :

Kurangnya Keyakinan Masyarakat Terhadap Sistem Keselamatan E-Dagang

Masalah budaya dan kekurangan pendedahan kepada Internet merupakan antara masalah yang menjadi penghalang kepada kejayaan e-dagang di kalangan rakyat di Negara ini. Walaupun Negara kita semakin maju, namun masih terdapat rakyatnya yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan Internet khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar Bandar. Disamping itu, budaya masyarakat di Malaysia lebih selesa berinteraksi atau bersemuka dengan penjualnya semasa membeli sesuatu barangan.

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKMM (2010) mendapati, pengguna lebih gemar untuk membeli di kedai atau pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus berbanding membeli di Internet atau secara on-line. Ini kerana pengguna masih lagi berasa kurang yakin terhadap sistem keselamatan e-dagang. Keadaan ini tentunya berlawanan dengan konsep perniagaan e-dagang dimana segala urusan penjualan dan pembelian dilakukan secara maya tanpa perlu bersemuka atau mengenali antara satu sama lain.

Kurang Pengetahuan Dalam Konsep E-Dagang

Masalah seterusnya ialah kekurangan pengetahuan dan pendedahan di kalangan pengguna tempatan berkaitan dengan konsep e-dagang, lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman. Biarpun kemudahan Internet semakin berkembang, namun sebahagian daripada pengguna tempatan masih tidak memahami konsep e-dagang dan cara ia berfungsi. kebanyakan pengguna internet dan vendor gagal dalam mempromosikan bahawa konsep e-dagang hanya merupakan satu pengembangan kaedah jualan tradisi kepada jualan elektronik dalam proses perniagaan.

Masalah Penipuan

Penipuan lebih mudah berlaku dalam perniagaan melalui Internet. Ini disebabkan tiada peluang berinteraksi secara terus antara pihak pembeli dan peniaga. Kegagalan transaksi perniagaan apabila talian Internet tidak berfungsi dengan baik akan menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli. Selain itu, kebimbangan terhadap kegiatan penggodaan, penipuan dan pembongkaran identiti/ maklumat pembeli serta rahsia kewangan turut menjadi faktor penolakan di kalangan pengguna. Bagi pihak peniaga pula, mereka juga berwaspada dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem ke arah keuntungan mereka. Begitu juga, system money laundering yang diperkenalkan oleh sesetengah pihak melalui penipuan.

Kekangan Dan Kos Untuk mengakses Jalur Lebar

Kelajuan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar yang tidak mencukupi merupakan faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara. Bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan. Hal ini bertepatan dengan konsep e-dagang itu sendiri yang menjimatkan masa. 

Kos Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk. Malah, ianya turut akan membantutkan perkembangan e-dagang kerana asas utama dalam sistem e-dagang adalah Internet. Sekiranya kos bagi Internet adalah tinggi, ianya menjadi halangan dalam memasarkan atau membeli sesuatu produk menerusi Internet.

FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong penggunaan e-dagang kepada para peniaga dan juga pembeli di Malaysia dan juga diserata dunia. Faktor – faktor ini merupakan antara faedah – faedah yang boleh dinikmati oleh para pengguna yang menggunakan perkhidmatan e-dagang. Faktor – faktor ini dapat dibahagikan kepada individu, masyarakat dan juga kepada organisasi. 

Individu

Faktor seseorang individu menggunakan perkhidmatan e-dagang ini adalah kerana pengguna biasa yang mempunyai komputer peribadinya sendiri, telefon dan juga modem dan juga mempunyai akaun dengan mana- mana pemberi khidmat internet boleh berurusan dengan mana – mana pedagang yang telah mengiklankan barangan atau perkhidmatannya menerusi internet. Perniagaan seperti ini tidak mempunyai halangan daripada aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi atas talian ini boleh dicapai oleh pengguna daripada serata dunia. Ini membolehkan individu tersebut membeli – belah secara 24 jam daripada mana- mana lokasi. 

Selain itu juga, e-dagang juga turut menyediakan pelanggan dengan lebih pelbagai pilihan dan juga menyediakan barangan produk yang lebih murah dengan membuat perbandingan, penghantaran lebih cepat, maklumat yang lebih terperinci, lelong, interaksi dengan pelanggan lain dan juga sebagainya. Sebagai contohnya dalam industri automobil, para pengguna boleh mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran tanpa perlu pergi kepada pengedar. Keadaan ini boleh dilakukan dengan melakukan carian di laman web Yahoo untuk mendapatkan senarai pembekal kereta. Dalam aspek penempahan kapal terbang pula, syarikat penerbangan selalunya akan menawarkan harga tiket yang lebih murah kerana tidak memerlukan orang tengah atau pun ejen untuk urusan jual beli. Bagi pembelian buku pula, individu serta pengguna boleh mencari, membuat pesanan, serta membuat pembayaran melalui laman web dengan menggunakan cek atau pun kad kredit. Tawaran diskaun yang diberi oleh pihak peniaga juga mampu menarik pembeli. 

Faktor yang menyebabkan seseorang individu tersebut menggunakan e-dagang juga adalah disebabkab stok dan juga keselamatan. Sebagai contoh, penggunaan internet boleh menggantikan fungsi seorang broker saham. Urusan pembelian dan juga penjualan saham boleh dilakukan tanpa melalui broker. Contohnya syarikat yang menggunakan perkhidmatan ini di Malaysia adalah Kenanga Broker. Sebagai tambahan, faktor ‘online flea market’ jua mendorong para pembeli dan peniaga untuk menggunakan perkhidmatan e-dagang. Penjual dan juga pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk peribadi. Kaedah ini membenarkan para penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli pula boleh membida barangan secara atas talian seperti yang sering dilakukan di laman web e-bay dan juga lelong.com. 

Organisasi

Faktor yang mendorong sesebuah organisasi menggunakan e-dagang dalam perkhidmatan mereka adalah kerana e-dagang kini semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat internet terutamanya di negara – negara barat. Hal ini telah bermula sejak pertengahan tahun 1990an lagi. Malah, e-dagang juga telah diakui oleh syarikat – syarikat antarabangsa dan juga pakar- pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi. E-dagang juga telah menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa. 

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini adalah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat – syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan menggunakan kaedah ini, pertukaran maklumat dan juga transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam sekelip mata. Cara ini dapat menggantikan cara yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh kerenah birokrasi dan juga pengisian borang – borang kertas. Secara idealnya, semua ini dapat dijalankan dengan lebih efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang. Kaedah ini juga tidak dibelenggu oleh isu – isu ketidakserasian ataupun piawai teknologi dan juga telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/ IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar komputer dapat saling berhubung dan juga bertukar maklumat dengan mudah. Para pengguna web juga dapat berinteraksi dengan dunia web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar. 

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada para pelanggan. Sebagai contoh, apabila pelanggan membuat penempahan pembelian melalui e-dagang, tempahan tersebut boleh dihantar dengan serta merta kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan. Bahagian itu adalah seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan juga bahagian pembuatan. Oleh itu, pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen. 

E-dagang juga sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri – ciri dan fungsi yang tersendiri. Sebagai contoh, pertukaran data elektronik, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Fund Transfer, Electronic Catalogs, Intranets, kod bar dan pelbagai lagi. Jika halangan bagi seseorang usahawan untuk menjalankan perniagaan di bandar untuk pasaran yang lebih luas lagi adalah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan menggunakan e-dagang masalah ini tidak wujud lagi dan dapat diatasi. Dengan menempatkan perniagaan mereka di sebuah pelayan web yang utama, mereka telah pun menempatkan diri secara global. Hal ini demikian kerana, teknologi web boleh diakses dari mana – mana tempat sekalipun. Dan yang lebih menarik perhatian ialah kos secara relatifnya adalah amat kecil. Sebagai contoh, untuk menempatkan sesebuah perniagaan produk dan juga perkhidmatan di dalam pelayan web Yahoo Geocities ataupun Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta – juta pengguna internet. Para peniaga hanya perlu membayar lebih kurang RM 100 hingga RM 150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah semua komuniti Yahoo Geocities / Fortunecity khususnya dan pengguna internet amnya. Selain itu juga, usahawan turut ditawarkan dengan khidmat penyelengaraan perniagaan maya mereka.

Masyarakat

Apa yang diharapkan oleh e-dagang adalah kecepatan penghantaran dan juga penerimaan barangan ataupun perkhidmatan. Di samping itu juga, terdapat maklumat produk yang lebih terkini dan rapi serta terdapat kemudahan membuat pesanan online. E-dagang juga mengharapkan peningkatan usaha pemasaran massa dan juga penyingkiran orang tengah. Seandainya kesemua ini dapat diwujudkan maka matlamat mutakhir adalah harga barangan dan juga perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan juga kompetitif. Sesebuah syarikat atau individu mampu melakukan transaksi jual beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat yang terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana e-dagang ini adalah pemilikan kelengkapan IT yanng sesuai dan juga prasarana telekomunikasi yang akan membolehkan anda mengakses internet. Dengan itu, lebih ramai lagi individu akan bekerja di rumah serta mengurangkan perjalanan untuk membeli belah. Selain itu juga, kesesakan trafik dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Harga barangan juga akan menjadi lebih murah dan kos hidup juga akan menjadi lebih murah.

KESIMPULAN

Perkembangan e-dagang di Malaysia sememangnya sudah berada pada tahap yang memberansangkan. Kini ia semakin diterima oleh masyarakat sebagai satu cara mudah untuk membuat urus niaga sambil mampu menjimatkan kos dari pelbagai aspek. Peningkatan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam peningkatan penggunaan aplikasi e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Oleh yang demikian adalah diharapkan urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan pada masa akan datang. 

Usahawan pula harus bersedia mengikut rentak ekonomi masa kini. Jika para usahawan ingin terus berjaya dan mampu kekal berasing pada masa hadapan, kaedah perniaga yang berkesan dan mengikut rentak trend terkini adalah kunci untuk berjaya.

1 comment:

  1. Artikel yang baik, Pernahkah anda mendengar tentang LFDS (Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian, E-mel: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Hubungi: +1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) adalah sebagai perkhidmatan pendanaan Amerika Syarikat / UK yang mereka memberikan saya pinjaman $ 95,000.00 untuk melancarkan perniagaan saya dan saya telah membayarnya setiap tahun selama dua tahun sekarang dan saya masih mempunyai 2 tahun lagi walaupun saya senang bekerja dengan mereka kerana mereka adalah pemberi pinjaman Pinjaman tulen yang boleh memberi pinjaman kepada anda.

    ReplyDelete